Dapur Viral mengisahkan Chef Ba dituduh menggunakan resipi Mak Kiah di mediasosial. Konflik antara dua orang tukang masak ini menjadi viral sehingga pihak wartawan juga telah mengetahuinya.
Ep. 1 | Alif Ba Ta
Tiga sahabat, Alif, Ba dan Ta bekerja di sebuah hotel. Alif sebagai pengemas bilik, Ba sebagai chef dan Ta sebagai penyambut tetamu. Dalam episod awal memaparkan kehidupan mereka di rumah sewa.
Ep. 2 | Alif Ba Ta
Alif, Ba da Ta berbincang tentang penyakit was-was dan penyakit OCD. Disebabkab bulan Ramadan hampir tiba, mereka berbincang cara nak sediakan juadah berbuka.
Ep. 3 | Alif Ba Ta
Alif, Ba dan Ta mula berpuasa. Mereka menemui Che Som untuk membayar hutang. Mereka membayar RM1000 dari jumlah hutang sebanyak RM 5000.
Ep. 4 | Alif Ba Ta
Ep. 5 | Alif Ba Ta
Encik K Ramos datang ke hotel untuk tujuan penggambaran filem. Alif, Ba, Ta cuba merebut peluang untuk berlakon dalam penggambaran filem itu. Mereka cuba menonjolkan keistimewaan masing-masing semasa berlakon.
Ep. 6 | Alif Ba Ta
Beto menginap di hotel. Beto nama terkenal dalam pembikinan video tik tok. Dia menawarkan kelas tusyen belajar tik tok kepada Alif, Ba dan Ta.
Ep. 7 | Alif Ba Ta
Pak Mus datang datang ke hotel untuk memohon kerja. Setelah ditemuduga, dia ditawarkan kerja di bahagian keselamatan. Sementara itu pekerja hotel percaya di hotel itu berhantu.
Ep. 8 | Alif Ba Ta
Pekerja hotel diperkenalkan dengan Mary bertugas sebagai GM yang baru. Dia ingin pekerja sentiasa bersedia dengan menjaga kebersihan. Semasa Ramadan Alif, Ba, Ta menjual makanan lebihan dari hotel.
Ep. 9 | Alif Ba Ta
Alif, Ba & Ta bersemangat untuk balik raya. Puteri telah mencadangkan mereka untuk membeli pakej ekslusif dari Ain Monroe, seorang agen tiket bas Ekspres. Mereka terus membelinya tanpa berfikir panjang.
Ep. 10 | Alif Ba Ta
Alif, Ba & Ta sudah bersiap untuk pulang ke kampung, tiba- tiba mereka ditahan oleh GM kerana tak seorang pun di antara mereka yang teringat untuk memohon cuti raya.