B.O.B (Bukan Orang Buta)

Ep. 1

Seorang pemuzik jalanan (busker) yang berbakat tetapi tidak diberi perhatian orang ramai telah menukar strateginya untuk menyamar sebagai seorang busker buta. Penyamarannya mula menarik perhatian ramai dan berjaya dilamar oleh sebuah syarikat muzik terkemuka. Walau bagaimanapun beliau perasan bahawa syarikat tersebut mempunyai agenda dan konspirasi jahat yang cuba dilakukan oleh seorang wanita yang juga pemilik syarikat muzik terkemuka tersebut. Jejaka tersebut bertekad dan mencuba menggagalkan kegiatan haram majikannya sambil terus berlakon sebagai seorang pemuzik buta.

OHSEMETER
SHARE