famous mark gs rolex day date 36mm 118239 0080 mens silver tone.features a huge selection of authentic replica bell and ross instruments automatic br03 92 mens black dial 42mm at low prices.

Sheila Rusly nafi curi-curi 'shooting'
Loading...
Close
Close

Jadual

6.00 pm - 7.00 pm

Man Transform

7.00 pm - 8.00 pm

Raya Pukul 7

8.00 pm - 9.00 pm

Rompak Raya

Close
Share:
Sheila Rusly nafi curi-curi 'shooting'
Viral

KUALA LUMPUR: Penerbit dan pelakon, Sheila Rusly mahu Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) menjelaskan tindakan mengarahkan kerja penggambaran drama Roti Cicah Susu di Perak Techno Trade Centre (PTTC), Ipoh, dihentikan pada 12 Oktober lalu, atas alasan tidak memiliki Sijil Perakuan Penggambaran (SPP).

Sheila mendakwa tindakan diambil terhadap JS Pictures bukan sahaja mencalar reputasi syarikat penerbitannya itu, malah, suatu tuduhan berat yang amat mengecewakan.

"Hingga hari ini kami masih belum mendapat penjelasan FINAS berhubung tindakan itu.

"Perkara itu senyap begitu sahaja seolah-olah tiada apa yang berlaku. Sepanjang JS Pictures beroperasi, semua urusan penggambaran dibuat dengan profesional.

"Apabila kejadian seperti itu berlaku, ia mencalarkan reputasi kami... Seolah-olah kami curi-curi buat penggambaran.

"FINAS sepatutnya membantu memudahkan kerja kami, bukannya menyulitkan keadaan," katanya kepada BH Online.

Tidak puas hati dengan tindakan FINAS, Sheila mendakwa pernah menghubungi pegawai terbabit untuk mendapatkan penjelasan, namun, dakwanya, usaha itu gagal.

"Panggilan kami tidak pernah berjawab. Malah, pesanan yang ditinggalkan agar mereka menghubungi kami tidak berbalas.

"Ini adalah maruah kami. Jika betul seperti kami tidak mempunyai SPP seperti yang didakwa, sila kemukakan bukti," katanya.

Ditanya apakah kekecohan yang berlaku berpunca salah faham atau perbuatan khianat pihak tertentu, pelakon berkarakter ini sukar memberi jawapan.

Sheila mendakwa masih keliru dengan insiden yang menimpa syarikat produksinya itu.

"Saya tidak tahu apakah niat pihak itu jika benar perbuatan ini adalah suatu cubaan mensabotaj syarikat produksi kami. Tapi, kalau nak kata salah faham, rasanya perkara itu tidak sepatutnya berlaku.

"FINAS ada semua data. Pegawai yang membuat pemeriksaan sepatutnya boleh menyemak SPP pada bahagian pelesenan sebelum membuat tindakan.

"Kalau betul saya tidak memiliki SPP seperti didakwa, bagaimana pegawai terbabit boleh menghubungi penolong pengurus produksi kami untuk memaklumkan kedatangan mereka ke lokasi bagi membuat pemeriksaan?

"Dari mana maklumat penggambaran ini diperoleh jika mereka tidak ada data sahih?" katanya.

Sementara itu, Pengerusi FINAS, Zakaria Abdul Hamid, berkata siasatan terperinci terhadap insiden itu sedang dikendalikan.

"Semakan awal mendapati kes ini mungkin berkait dengan lesen penggambaran (lesen utama syarikat produksi). Sijil SPP hanya akan dikeluarkan jika lesen penggambaran belum tamat tempoh sah.

"Tidak dinafikan, banyak syarikat produksi terlepas pandang mengenai tarikh lesen yang hendak diperbaharui sebelum tamat tempoh atau permohonan perlu dikemuka semula.

"Perkara ini amat mengecewakan kami," katanya ketika dihubungi BH Online.

Zakaria berkata, pegawai penguatkuasa FINAS menjalankan rutin tertakluk kepada peraturan ditetapkan tanpa prejudis.

"FINAS tidak berniat menyulitkan mana-mana syarikat produksi seperti didakwa.

"Bagi memastikan industri terus bergerak dan hasrat kerajaan mengekang penularan wabak COVID-19 berjaya, kerjasama daripada pihak produksi amatlah diharapkan.

"Saya menyeru syarikat produksi memberi kerjasama sebaik mungkin terutama dari segi pematuhan undang-undang dan pelaksanaan SOP ketat bagi memastikan kejayaan Pelan Pemulihan Negara (PPN) termasuk industri kreatif tercapai," katanya.

Published October 20, 2021

Artikel Berkaitan
Anda boleh muat turun aplikasi awesometv dari apple appstore dan google playstore