Farhan cuba membuka hatinya untuk Maryam. Julia dan Maryam masing-masing cuba menawan hati Farhan.
Ep. 1 | Hari Kita Jatuh Cinta
Seorang gadis bernama Maryam Sofea baru menamatkan pengajiannya di universiti. Semasa dia ke bandar untuk menguruskan hal universiti, dia cuba meleraikan pergaduhan sepasang kekasih di tepi jalan dan hampir dipukul oleh lelaki itu. Mujur dia diselamatkan oleh seorang lelaki yang sedang lalu di situ.
Ep. 2 | Hari Kita Jatuh Cinta
Sepanjang perkhemahan, Farhan cuba mendekati Maryam. Namun Maryam tidak melayannya kerana dia serik untuk mempunyai hubungan dengan lelaki. Farhan tidak putus asa dan terus berusaha untuk berbual dengan Maryam.
Ep. 3 | Hari Kita Jatuh Cinta
Semenjak Maryam Sofea pulang dari perkhemahan yang hampir meragut nyawanya, dia dan Farhan tidak berhubung. Maryam Sofea sedar bahawa Farhan banyak kali menyelamatkan dirinya. Farhan pulang ke rumah setelah mendapat tahu bahawa ibunya sakit. Dia telah didesak oleh ibunya untuk tinggal di situ buat sementara.
Ep. 4 | Hari Kita Jatuh Cinta
Selepas pertemuan Maryam dan keluarga Farhan, Maryam mula menjauhkan diri daripada Farhan. Dia tidak sanggup memberitahu Farhan bahawa adik lelaki Farhan iaitu Firhad adalah kekasih lamanya. Farhan tidak faham dengan kelakuan Maryam yang tidak mahu menjawab panggilan atau membalas mesejnya.
Ep. 5 | Hari Kita Jatuh Cinta
Maryam mengaku masih belum bersedia hendak bersemuka dengan Firhad, tetapi dia mencintai Farhan dan bersedia hendak mendirikan rumah tangga bersama Farhan.
Ep. 6 | Hari Kita Jatuh Cinta
Farhan memberitahu Hilda yang Mariam sudah memulangkan cincin. Hilda kecewa kerana Mariam tidak boleh menerima keluarga mereka.
Ep. 7 | Hari Kita Jatuh Cinta
Farhan dan Maryam hendak berpindah rumah, tetapi dihalang Puan Hilda. Dian tidak bersetuju kerana tidak mahu Farhan jauh daripadanya. Maryam terpaksa beralah dan tetap tinggal di rumah itu.
Ep. 8 | Hari Kita Jatuh Cinta
Farhan mendapat panggilan untuk menolong mangsa gempa bumi di Palu, Indonesia. Firhad menceraikan Julia dan telah menyebabkan kematian Datuk Razak.
Ep. 9 | Hari Kita Jatuh Cinta
Kejadian helikopter di Palu, telah menyebabkan kegembiraan Maryam menjadi kelukaan. Farhan dijumpai tersadai di sebuah perkampungan nelayan dalam keadaan hilang ingatan.
Ep. 10 | Hari Kita Jatuh Cinta
Farhan yang hilang ingatan menyebabkan dia tidak mengenali Maryam. Masing-masing cuba untuk memulihkan semangat Maryam.
Ep. 11 | Hari Kita Jatuh Cinta
Maryam cuba sedaya upaya untuk memulihkan ingatan Farhan. Namun, Farhan mengejar cinta Julia, Julia mula mengatur rancangan untuk mendekati Farhan.
Ep. 12 | Hari Kita Jatuh Cinta
Ep. 13 | Hari Kita Jatuh Cinta
Maryam dan Farhan cuba selamatkan rumah tangga mereka. Julia mula mengunakan cara kotor untuk mendapatkan Farhan.
Ep. 14 | Hari Kita Jatuh Cinta
Ingatan Farhan mula pulih. Ingatan tentang air dan helikopter membuatkan ingatannya semakin bertambah baik. Anna yang mempunyai masalah dengan Rohani, nekad melarikan diri.
Ep. 15 | Hari Kita Jatuh Cinta
Rahsia demi rahsia mula terbongkar. Hubungan Farhan dan Maryam kembali buruk.
Ep. 16 | Hari Kita Jatuh Cinta
Kelakuan Julia makin menjadi-jadi yang nekad inginkan Farhan. Mariam merajuk dengan Farhan dan pulang ke kampung.
Ep. 17 | Hari Kita Jatuh Cinta
Maryam ingin berpisah dengan Farhan. Dia mengalah demi cintanya pada Farhan. Semua sedih atas apa yang berlaku pada Farhan dan Maryam kecuali Julia.
Ep. 18 | Hari Kita Jatuh Cinta
Julia melarikan diri dan bersembunyi daripada semua orang. Maryam dan Farhan bahagia, namun Maryam merasakan ada sesuatu lagi bakal terjadi.