Hubungan Khairi dan Rania semakin rapat sehingga timbul perasaan cemburu dalam diri Ika. Erra dan Ariz pula semakin dingin disebabkan pelbagai kerenah yang Erra cipta memeningkan kepala Ariz.
Ep. 1 | Isolasi
Mengisahkan dua pasangan suami isteri yang tidak mengenali antara satu sama lain bercuti di kawasan peranginan dan menetap di hotel yang sama bertujuan untuk membincangkan perkara-perkara melibatkan perceraian mereka supaya tidak diketahui keluarga mereka.
Ep. 2 | Isolasi
Khairi dan Ika terpaksa terus tinggal di hotel kawasan peranginan kerana berlaku tanah runtuh yang menghalang perjalanan balik mereka. Ariff masih tidak tenteram dengan karenah isterinya, Eiril yang cerewet dan suka menggunakan media sosial untuk berkongsi maklumat mereka sebagai suami isteri dengan pihak lain.
Ep. 3 | Isolasi
Mengisahkan bagaimana pasangan suami isteri yang baru berkahwin, pasangan suami isteri yang dalam proses perceraian dan pasangan yang baru bercerai masih lagi berada di hotel yang sama di kawasan peranginan kerana kerja-kerja membaiki jalan akibat tanah runtuh yang menghalang perjalanan balik mereka masih belum selesai.
Ep. 4 | Isolasi