Sang Kelembai dibicarakan atas kesalahannya yang telah menyalah gunakan kuasa. Akibatnya, dia dihukum dengan diturunkan ke bumi untuk memperbaiki kesalahannya.
Ep. 1 | Jaman Tori
Ep. 2 | Jaman Tori
Sang Kelembai melihat Hang Tuah dan Hang Jebat sedang bergaduh tentang Keris Taming Sari. Dia merasakan dia perlu membantu Hang Tuah untuk mendapatkan kembali Keris Taming Sari dan memulihkan hubungan mereka.
Ep. 3 | Jaman Tori
Bawang Merah kesunyian setelah Putih berkahwin. Merah menghadapi masalah dimana Merah masih tidak tahu membuat kerja-kerja rumah kerana dahulu sering bergantung harap pada Putih. Adakah Sang Kelembai dapat membantu Merah?
Ep. 4 | Jaman Tori
Mak Pekan membawa diri ke Batu Belah Batu Bertangkup kerana kecewa dengan Pekan yang memakan telur tembakulnya. Sang Kelembai yang mengetahui hal itu, cuba membaikkan hubungan Pekan dan Ibunya. Berjayakan Pekan dan Mak Pekan berbaik semula dengan bantuan Sang Kelembai?
Ep. 5 | Jaman Tori
Sebuah Kampung menjadi huru-hara disebabkan titah Sultan yang ingin berkahwin dengan Puteri Gunung Ledang. Sang Kelembai yang risau dengan keadaan tersebut tambil untuk membantu. Dapatkah Sang Kelembai mengubah pemikiran Puteri Gunug Ledang dan menghentikan penyeksaan rakyat Melaka?
Ep. 6 | Jaman Tori
Raja Bersiong lari dari istana kerana diburu oleh rakyatnya. Pertemuan dengan Sang Kelembai membuatkan Raja Bersiong bertemu jalan untuk memperbaiki kesilapan dan mengatasi kelemahannya.
Ep. 7 | Jaman Tori
Dayang Senandung dihalau dari istana kerana dibenci oleh bonda dan rakyatnya disebabkan paras rupanya yang tidak cantik. Pertemuan dengan Sang Kelembai membuatkan Dayang Senandung sedar akan kelebihan yang dia miliki.
Ep. 8 | Jaman Tori
Pak Pandir sering dimarahi isterinya, Mak Andir kerana sifatnya yang lurus bendul dan sering ditipu. Atas rasa simpati terhadap Pak Pandir, Sang Kelembai membantu memperbaiki hubungan Pak Pandir dan Mak Andir yang sering dingin.
Ep. 9 | Jaman Tori
Mak Tanggang ingin menyumpah Tanggang yang meninggalkan rumah tetapi tidak tahu ingin menyumpah Tanggang menjadi apa. Sang Kelembai membantu Mak Tanggang untuk fikirkan sumpahan yang memberikan keuntungan pada Mak Tanggang.
Ep. 10 | Jaman Tori
Badang terlalu sibuk membantu orang kampung sehingga masanya dengan anak dan isteri sering diganggu. Konflik bermula setelah isteri Badang mula menghiraukan Badang. Badang meminta bantuan Sang Kelambai untuk membantunya.
Ep. 11 | Jaman Tori
Mat Jenin seorang yang hebat dalam mencipta alat ciptaan yang banyak memberikan kebaikan kepada orang. Namun, Mat Jenin sering gagal untuk merealisasikan impiannya untuk terbang. Berjayakan Mat Jenin membuktikan pada orang kampung yang dia mampu untuk terbang?
Ep. 12 | Jaman Tori
Sebuah Kampung diserang oleh Pak Belang seekor Harimau. Sang Kelembai memberi idea untuk menangkap Pak Belang dengan menyediakan sebuah sangkar yang akhirnya menyebabkan Sang Kelembai menjadi umpan. Dapatkah Sang Kelembai menyelesaikan masalah bersama Orang Kampung menjerat Pak Belang?