Dari seorang anak setinggan di tengah2 ibu kota, Datuk Rosyam Noor berjuang sebagai insan seni sehingga kini bergelar ikon usahawan Bumiputera berjaya.
Ep. 1 | Datuk Rosyam Nor | Keringat Selebriti
Ep. 2 | Naqiu | Keringat Selebriti
Program bual bicara yang menampilkan selebriti tempatan, Naqiu berkongsi pengalamannya sebelum bergelar artis. Di usia 15 tahun, dalam poket Naqiu ada puluhan ribu untuk beliau berbelanja. Selang beberapa tahun kemudian, dia kehilangan arah dan terpaksa mengharapkan ihsan orang untuk meneruskan hidup.
Ep. 3 | Elly Mazlein | Keringat Selebriti
Kepayahan hidup berpindah randah sebagai anak seorang pegawai tentera telah membuatkan Elly tekad untuk mengubah seluruh hidupnya. Namun tatkala sudah hampir ke puncak, beliau mendapat tamparan hebat pemergian bonda tercinta serta kegagalan rumahtangga.
Ep. 4 | Sharif Zero | Keringat Selebriti
Hanya dengan menumpang lori sayur ke ujibakat program realiti lawak, kehidupan Sharif adik beradik terus berubah 360 darjah, dari seorang nelayan kepada seorang selebriti.
Ep. 5 | Keringat Selebriti - Azhan Rani
Demi dunia seni yang dicintai seluruh hidupnya, Azhan tekad untuk meletakkan ke tepi seketika kerjaya yang lebih stabil dan harapan keluarga. Satu perjudian menentang masa, demi membuktikan bahawa menjadi anak seni adalah satu pilihan yang amat berbaloi.
Ep. 6 | Keringat Selebriti - Ezad Lazim
Ezad Lazim Dan Exists pernah mengungguli dunia muzik nusantara. Namun hanya kerana tersilap langkah, Ezad terjerumus ke lembah hina, lantas nama beliau turut terpadam dari peta seni Malaysia.
Ep. 7 | Keringat Selebriti - Amelina
Seorang gadis kilang biasa, dengan cita-cita luar biasa. Namun hanya kerana cinta, Amelina melepaskan gelaran penyanyi terkaya di Malaysia dan melupakan dunia glamor yang pernah menjadi impian hidupnya.
Ep. 8 | Keringat Selebriti - Datuk Yusof Haslam
“Six Million Dollar Man” juga bermula dari bawah; menebalkan muka melakukan pelbagai kerja termasuk menjadi seorang konduktor bas. Episod ini menyimpan seribu satu resipi, bagaimana Datuk Yusof Haslam mampu meraih gelaran Penerbit Filem terlaris di Malaysia hari ini.
Ep. 9 | Keringat Selebriti - Didie Alias
Keruntuhan rumahtangga telah meletakkan bekas ratu cantik ini dikedudukkan yang sangat terhimpit. Didie Alias pernah hidup merempat, menumpang tidur di celah dapur rumah orang. Beliau juga pernah menjaja ke sana ke sini, menahan hina dan keji, demi memastikan perut anak-anaknya terisi.
Ep. 10 | Keringat Selebriti - Shuk Sahar
Dunia glamor yang menjengah ke dalam hidup Shuk secara tiba-tiba ternyata membuat dia terlupa dan alpa. Puluhan ribu wang hasil kemenangan, dihabiskan begitu sahaja dalam masa yang singkat, hingga akhirnya hanya tinggal sehelai sepinggang.
Ep. 11 | Keringat Selebriti-Diana Danielle
Survival seorang Diana bermula sedari kecil, tanpa belaian seorang bapa. Hidupnya yang sarat dengan pergelutan, baik dari segi kewangan mahupun emosi, telah memaksa Diana menjadi dewasa jauh lebih awal daripada yang sepatutnya.
Ep. 12 | Keringat Selebriti
Dari Kota Singa, beliau memulakan kembara ke Kotaraya Kuala Lumpur, demi memenuhi nafsu seninya yang tak pernah puas. Percaturan yang amat berhasil, sehingga Datuk M. Nasir kini dikenali seantero Nusantara sebagai seorang “lagenda hidup” dalam seni muzik.
Ep. 13 | Keringat Selebriti-Kid Search
Dari desa ke ibukota, dari Gersang ke Search - perjalanan seni seorang rocker sejati bernama Kid adalah satu manifestasi DNA muzik rock yang sarat dengan nafas perjuangan.