Kiblat Yang Hilang
Ep. 19
Semua seperti tidak percaya Kak Sal telah ‘pergi’ dalam tidurnya. Maria beberapa kali jatuh pengsan dan ditenangkan oleh orang ramai. Azman datang dan tolong menguruskan urusan jenazah yang tidak termampu Maria uruskan di ketika ini. Azman bersimpati dengan Maria yang telah patah sayapnya.