Macam-Macam Show
Ep. 2
Episod ini mengisahkan pekerja-pekerja sebuah stesen TV diarahkan oleh majikannya untuk melakonkan bermacam-macam watak bagi penjimatan kos penerbitannya. Seorang selebriti jemputan bertindak sebagai penerbit di stesen TV tersebut, iaitu pelakon terkenal Dato' Rosyam Nor. Episod ini turut menampilkan pelakon Sweet Qismina.