Program kerohanian bersama Ustaz PU Azman merungkai persoalan yang diketengahkan oleh para netizen. Hos: Ustaz PU Azman
Warung Wak
Pemilik Warung (Afdlin) Wak akan berkongsi resepi-resepi mudah dan juga menemuramah artis jemputan tentang semua isu dan topik. Hos anda: Afdlin Shauki
Glam Ke Teng'glam
Temuramah santai mengenai gaya-gaya fesyen yang pernah digayakan oleh tetamu jemputan dengan memberikan tips-tips mengenai cara bergaya seperti ‘do’s dan ‘donts’, bergaya mengikut kesesuaian tubuh badan dan pelbagai lagi isu menarik.
Chit Chat Ustaz
Program sesi soal jawab santai bersama Ustaz Haris bersama artis jemputan sambil membincangkan isu-isu semasa berkait dengan agama dengan cara yang lebih mudah didekati oleh semua pihak.
Hos anda:
Ustaz Riz
Keringat Selebriti
Program bual bicara selebriti tempatan berkongsi pengalaman mereka sebelum atau sesudah bergelar artis.
Ihsan Kita
Menyelusuri kehidupan seharian mereka yang kurang bernasib baik dengan tujuan untuk memberi pengajaran kepada masyarakat Malaysia. Hos Anda: Idris Khan
Langit Bakal Cerah
Menyelami isi hati dan kehidupan artis veteran yang pernah mewarnai industri seni tanahair. Dengan keuzuran yang dialami serta kekurangan kudrat untuk mencari sendiri peluang.
Hos Anda:
Meor & Dato Dj Dave
Ohsem
Hos rancangan Shuk Sahar dan Sweet Qismina menemubual penyanyi Aris Ariwatan, Drama Band, Hazama dan Man Raja Lawak mengenai perkembangan terbaru mereka.
Transparensi
Program bicara yang membincangkan isu semasa bersama hos Fara Fauzana bersama tetamu jemputan Dato Nadzim Johan, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dengan tajuk perbincangan: Ekonomi Melayu - Masihkan dalam dilema.
Highlight
Hiburan
Drama
Trending
Mic On!
Mic On! ialah sebuah program realiti untuk mencari bakat baru bukan sahaja dalam bidang nyanyian tetapi mempunyai pelbagai bakat lain. Dua belas peserta akan diuruskan oleh tiga orang pengurus masing-masing. Setiap peserta perlu membuat persembahan mengikut tema yang diberikan pada setiap minggu dan nyanyian mereka akan dikritik oleh dua orang juri yang dikenali ramai.