Amy dan Awie memerlukan duit demi menyambut hari raya lalu mereka nekad untuk merompak sehari sebelum raya. Tanpa disangka mereka dikepung oleh polis dan terperangkap dalam kedai tersebut bersama Mak Teh, Suraya dan Geeta.
Isolasi
Mengisahkan dua pasangan suami isteri yang tidak mengenali antara satu sama lain bercuti di kawasan peranginan dan menetap di hotel yang sama bertujuan untuk membincangkan perkara-perkara melibatkan perceraian mereka supaya tidak diketahui keluarga mereka.
Man Transform
Man Transform menyajikan pelbagai artis jemputan akan muncul pada setiap episod melalui kisah pil ajaib yang mampu mengubah Man menjadi seorang personaliti yang terkenal tanpa diketahui oleh orang kampungnya serta pelbagai isu kemasyarakatan dan sosial yang disampaikan di dalam bentuk komedi yang dapat menghiburkan dan memberi teladan kepada penonton.
Hantu Van Sewa
Hantu van sewa mengisahkan sebuah van sewa yang dimiliki oleh seorang usahawan yang dikatakan berhantu.
Kuba Guling, Karipap Pusing | Telemovie
Mengisahkan pertelingkahan antara dua orang wanita akibat salah faham. Seorang wanita yang berniaga kuih di sebuah gerai membantu seorang wanita lain dengan mengambilnya sebagi pembantu dan akhirnya membantunya memulakan perniagaan bersamanya. Salah faham mula berlaku apabila kuih yang diperkenalkan mula mendapat perhatian ramai dan wanita yang dibantunya berkawan dengan lelaki yang selama ini menjadi pujaannya.
Penghulu Interim
Setiap episod akan mengemukakan masalah baru yang harus diselesaikan berserta dengan penampilan pelakon undangan, manakala cerita utama tentang konflik hidup Borhan selaku Pengerusi JKK Interim akan berkembang dari setiap episod hingga diselesaikan di episod akhir. Pelbagai masalah akan diutarakan dengan merakam ragam, dan isu-isu masyarakat flat bandar secara komedi.
Mic On telah kembali untuk Musim-2, ia adalah sebuah program realiti untuk mencari bakat baru bukan sahaja dalam bidang nyanyian tetapi mempunyai pelbagai bakat lain. 20 peserta telah bertanding untuk mendapatkan tempat di hati tiga orang pengurus tetapi hanya 15 yang boleh mara. Setiap peserta perlu membuat persembahan mengikut tema yang diberikan pada setiap minggu dan nyanyian mereka akan dikritik oleh dua orang juri yang dikenali ramai.