Pop Yeah Yeah

Ep. 13

Mengisahkan Kafe Pop Yeah Yeah ingin mengadakan sambutan Hari Deepavali dan Jefri Dom sedang mencari beberapa orang penari yang sesuai untuk menjayakan majlis tersebut. Sementara itu Uncle Jay sedang mengalami konflik rumah tangga dengan isterinya seorang Tionghua. Beliau dikatakan tidak memahami budaya dan adat resam kaum India. Jefri Dom cuba mendamaikan mereka dan usahanya itu hampir berjaya diselesaikan. Malangnya konflik baru pula muncul. Leman melalui telefon pintarnya telah menyamar sebagai Uncle Jay dan cuba memikat seorang perempuan India yang telah berkahwin untuk meredakan keadaan Leman mengaku kesilapannya dan meminta maaf kepada isteri Uncle Jay. Akhirnya semua orang menyambut Deepavali dengan gembira dan ceria.

OHSEMETER
SHARE

Episod

Cadangan Tontonan