Suamiku Old School

Ep. 1

Alif (40) dan Zureen (28), berjumpa sewaktu melawat rumah kawan mereka yang baru mendapat cahaya mata. Sikap Alif yang tidak kekok dalam memegang bayi baru lahir telah memberi pandangan pada Zureen yang Alif adalah bapa yang sempurna. Dan Zureen, yang membantu menyiapkan makanan hidangan mereka dirasakan oleh Alif calon sesuai dibuat isteri. Hasil bantuan rakan-rakan mereka berkenalan dan seterusnya berkahwin. Tempoh awal perkahwinan mereka yang disangka indah rupanya dilanda badai. Cara kehidupan Alif yang tinggal dengan ibu dan ayahnya sebelum ini berlainan sekali dengan Zureen yang “independent”,moden dan wanita berkerjaya. Dari perkara semudah penyediaan makanan, hinggalam perhatian pada suami hinggalah kes zuriat menjadi isu perbalahan sehari sehingga menjadi runcing di tambah dengan sikap cemburu. Masing-masing balik mengadap dan meminta nasihat daripada keluarga. Akhirnya mereka sedar yang kebahagiaan rumah tangga adalah atas sikap tolak ansur dalam menerima kelemahan dan kehendak masing-masing.

OHSEMETER
SHARE