Iskandar seorang suami dan mempunyai dua anak remaja kelihatan alim dan selalu berada di masjid bagi majlis-majlis ilmu. Disebalik kealimannya itu dia sebenarnya menggunakannya untuk menipu Maisaarah isterinya untuk berkahwin lain.
Ep. 1 | You Kat…?
Ep. 2 | You Kat…?
Sabella mengamuk kerana Iskandar tidak menjawab panggilan telefonnya. Dia menelefon kawannya dan pejabat suaminya dan menjadi lebih marah kerana tidak dilayan. Dia keluar mencari dengan kereta dan mencarinya di beberapa tempat tetapi masih gagal. Suaminya sedang berada di masjid kerana menghadiri mesyuarat dan tidak mengangkat telefon.
Ep. 3 | You Kat…?
Maisarah tidak dapat menerima hakikat bermadu dan meminta suaminya memberi penjelasan siapa dan bila dia mula bermain kayu tiga. Iskandar menceritakan segala hal mengenai perhubungannya dengan Sabella dan menyalahkan takdir. Kata-kata maaf daripada Iskandar gagal melembutkan hati Maisarah yang berkeras ingin menemui madunya.
Ep. 4 | You Kat…?
Maisarah meminta madunya untuk berjumpa. Sesuatu yang sangat tidak diduga Sabella, Iskandar dan rakan baik Sabella. Maisarah berjanji dengan suaminya yang dia tidak akan bergaduh dengan madunya. Semasa pertemuan Maisarah berjanji dengan Sabella yang dia menerima Sabella sebagai madunya dan mereka berdua sepakat untuk menjaga suami dan memastikan suaminya tidak mencari wanita lain.
Ep. 5 | You Kat…?
Sabella risau dan meluahkan perasaan kepada Kak Tin mengenai madunya yang mahu menjadi usahawan jamu untuk wanita. Dia juga bimbang jamu berkenaan akan menjadikan Maisarah akan lebih disayangi suaminya daripada dirinya. Dia mula berusaha menguruskan badannya dengan pergi membuat rawatan dan senaman di gym.
Ep. 6 | You Kat…?
Sabella berpura-pura sakit dan meminta Iskandar ke rumahnya pada waktu tengah hari. Iskandar pada mula keberatan untuk datang kerana takut menaikkan kemarahan Maisarah tetapi akhirnya bersetuju apa lagi setelah Maisarah sendiri tidak sempat memasak untuk suaminya kerana kesibukan dengan produk jamunya.
Ep. 7 | You Kat…?
Sabella bertemu Maisarah dan mereka berdua ke rumah Kak Tim. Ketika makan bersama, Maisarah menceritakan mengenai suaminya yang kaki perempuan dan tanpa disedarinya Sabella merakamkan semua percakapannya di telefon bimbitnya. Dia mahu menggunakannya bagi mengugut Iskandar dan Maisarah.
Ep. 8 | You Kat…?
Kehidupan Iskandar semakin kucar kacir dan terbawa-bawa ke pejabat. Dia menyesal kerana kahwin lagi.
Ep. 9 | You Kat…?
Sabella menangis dan meroyan tidak tentu hala apabila Kak Tin yang bersama dengannya mendapat tahu daripada Maisarah melalui telefon suaminya tiada di rumah. Dia memaksa Kak Tin mengikutnya mencari Iskandar ke masjid. Di masjid dia memaksa imam masjid menelefon Iskandar. Sabella menjadi bertambah marah apabila imam juga gagal menghubungi Iskandar.
Ep. 10 | You Kat…?
Sabella cuba menandingi Maisarah yang menggunakan dirinya sendiri untuk urusan promosi produk jamunya. Dia juga bercadang menggunakan dirinya sendiri untuk tujuan promosi syarikatnya. Bagi menguruskan dirinya dia lebih berusaha ketika berada di gym. Sementara itu Kak Tim menasihatkan Iskandar supaya lebih tegas dengan isteri-isterinya.
Ep. 11 | You Kat…?
Sabella yang cuba menghilangkan stresnya dengan membeli belah bersama Kak Tim kemudiannya pergi menonton wayang. Sesuatu yang tidak diduga berlaku apabila Maisarah, Iskandar dan anak-anaknya juga menonton wayang dipanggung yang sama.
Ep. 12 | You Kat…?
Iskandar, Sabella , Maisarah beserta teman baik Sabella Kak Tin bersama bercuti di Langkawi. Sabella sentiasa tidak berpuas hati dengan Maisarah dan merasakan Maisarah mempunyai muslihat tertentu. Sementara itu Maisarah pula sebagai isteri pertama dia merasa lebih layak mendapat layanan yang lebih daripada suaminya.
Ep. 13 | You Kat…?
Sekembali ke rumah setelah pulang dari percutian, Maisarah memarahi Iskandar kerana sikapnya yang berlebihan melayan Sabella. Bagi Sabella dia mengetahui semua pesanan ringkas Maisarah kepada suaminya melalui kawan baiknya yang bertugas di pusat telekomunikasi telefon dan melepaskan kemarahannya kepada Kak Tin. Sementara Maisarah juga melepaskan perasaannya kepada Kak Tin.
Ep. 14 | You Kat…?
Iskandar mencurahkan perasaan rimas dan bosannya terhadap Sabella yang terlalu cemburukan Maisarah. Maisarah memperlinya dengan mengatakan Iskandar dulu menegahnya dari mengetahui apa yang dia lakukan di luar rumah tetapi sekarang keadaan sebaliknya.
Ep. 15 | You Kat…?
Sabella cemburu melihat kemesraan Kak Tin dengan Iskandar sewaktu melihat mereka berbual-bual di depan masjid. Ketika menemui Kak Tin di rumahnya dia cuba mengorek rahsia kenapa Kak Tin sejak akhir-akhir ini selalu ke masjid. Dia makin cemburu apabila Kak Tin merasakan Iskandar yang mencadangkannya menjadi ahli jawatankuasa muslimah masjid.
Ep. 16 | You Kat…?
Sabella menjerit -jerit dan menyerang Iskandar dengan sesuatu yang mengakibatkan lengan Iskandar luka. Maisarah menghalaunya keluar dan Iskandar juga mengatakan dia bebas pergi kerana dia telah menceraikannya. Iskandar membandingkan Sabella dengan kebaikan Maisarah. Sabella seperti dirasuk dan menjerit-jerit tidak mahu pulang ke rumah tanpa Iskandar kembali ke rumahnya.
Ep. 17 | You Kat…?
Sabella tidak senang duduk di rumah dan sentiasa merasa cemburu dengan Iskandar. Setiap pergerakan Iskandar diterimanya melalui penyiasat persendirian yang diupahnya. Dia juga berlakon sakit dan menelefon Iskandar supaya datang ke rumahnya.
Ep. 18 | You Kat…?
Kehilangan Iskandar mencemaskan kedua isterinya yang gagal mencarinya dan Iskandar sendiri tidak pulang ke rumah walaupun hari telah malam. Bagi Iskandar dia tidak melayan semua panggilan telefon dan sanggup bermalam di pejabat dari pulang ke rumah.
Ep. 19 | You Kat…?
Iskandar masih tidak mahu pulang ke rumah walaupun ketuanya Mamu Maidin meminta dia balik. Tanpa pengetahuan Iskandar Mamu Maidin juga telah berkahwin dua. Sementara Sabella dan Maisarah tetap risau dan meminta bantuan Kak Tin.
Ep. 20 | You Kat…?
Iskandar mula merasa sangat menyesal dengan perbuatan yang dia lakukan terhadap isteri-isterinya. Kak Tin pula terus membantu dan menasihatkan Iskandar supaya pulang ke pangkuan isteri-isterinya. Sementara Maisarah dan Sabella masih meneruskan misi mencari suaminya.