Mic On! ialah sebuah program realiti untuk mencari bakat baru bukan sahaja dalam bidang nyanyian tetapi mempunyai pelbagai bakat lain. Dua belas peserta akan diuruskan oleh tiga orang pengurus masing-masing. Setiap peserta perlu membuat persembahan mengikut tema yang diberikan pada setiap minggu dan nyanyian mereka akan dikritik oleh dua orang juri yang dikenali ramai.