cheap rolex milgauss replica delivers the heart and soul of the discovery.best replica u boat watches capsoil chrono mens 45mm code 8111 d quartz black dial review lights and home using the functionality pertaining to non-traditional, mentioning their phenomenon using the three-dimensional home.

Press Release
Loading...
Close
Close

Jadual

6.00 pm - 7.00 pm

Man Transform

7.00 pm - 8.00 pm

Raya Pukul 7

8.00 pm - 9.00 pm

Rompak Raya

Press Release

AWESOME TV Kini Lebih Hebat!

Saluran percuma tempatan membuat kemunculan sulung di Astro setelah meraih sebilangan besar penonton selepas pelancaran

Kuala Lumpur, Isnin: Awesome TV, saluran televisyen percuma (free-to-air) terbaru di Malaysia, bersiaran untuk pertama kalinya di Astro Channel 123 HD pada 18 Januari 2021. Ini adalah berdasarkan kepada pencapaian jumlah penonton yang memberangsangkan sejak pelancarannya pada 3 Ogos 2020. Saluran ini boleh didapati oleh semua pelanggan Astro, Astro Njoi dan Astro On Demand secara Definisi Tinggi (HD), serta ia juga kekal di Saluran 112

Penonton Astro boleh menikmati kandungan tersendiri yang dihasilkan secara dalaman (inhouse) di Awesome TV, termasuk drama bersiri, rancangan hiburan dan komedi. Saluran ini telah berjaya memperoleh peningkatan penonton sebanyak enam peratus (6%) di antara 3 Oktober hingga 12 Disember 2020, menjadikannya saluran percuma (free-to-air) kedua tertinggi untuk penonton Melayu.

"Awesome TV telah mencatatkan capaian tontonan harian tertinggi berjumlah lebih satu juta penonton pada bulan November 2020 dan sehingga kini, lebih daripada 2.6 juta penonton telah mengikuti saluran ini," kata Dato’ Adam Ilyas, Ketua Pegawai Eksekutif Awesome TV. "Ini adalah pencapaian yang cukup hebat untuk sebuah stesen TV yang baharu dan kami berharap akan dapat terus menyentuh hati dan menambat fikiran lebih banyak lagi penonton dengan kemunculan kami di Astro," tambahnya.

Saluran ini juga menunjukkan prestasi yang sangat baik di platform media digital dan media sosialnya, di mana telah berjaya mencapai tontonan atas talian sebanyak 6.3 juta tontonan di YouTube dengan hampir 35,000 pelanggan (subscribers), 50,000 pengikut di Tik Tok, 19,000 pengikut di Instagram dan hampir mencecah 10,000 pengikut di Facebook. Bilangan-bilangan yang memberangsangkan ini jelas menunjukkan kualiti kandungan di Awesome TV, yang menampilkan lebih kandungan tempatan berbanding dengan kandungan antarabangsa.

"Kehadiran kami adalah untuk membantu meningkatkan landskap penyiaran negara dengan menghasilkan dan menyediakan kandungan dan pengisian tempatan yang segar dan menarik di saluran ini," kata Johan Ishak, Pengarah Urusan Awesome TV. "Pada masa ini, kami mempunyai 70% pengisian tempatan di saluran ini dan kami berharap dengan menyediakan platform tambahan, kami dapat mendorong lebih banyak penggiat dan pengeluar kandungan televisyen tempatan untuk menghasilkan program berkualiti tinggi yang sesuai untuk dinikmati oleh semua rakyat Malaysia," kata Johan.

Struktur pengisian ini dapat dilihat dengan jelas melalui pengenalan penjenamaan baharu untuk kategori drama dan filem yang merangkumi tiga slot drama terbaru. Dramatix adalah kelompok drama bersiri dari jam 8.00 - 9.00 malam, Isnin hingga Rabu; Drama Ohsem adalah kelompok drama ringan dari jam 9.00 - 10.00 malam, Isnin hingga Rabu; dan Dramedi adalah kelompok drama berunsurkan komedi yang ditayangkan dari jam 9.00 hingga 9.30 malam, Khamis hingga Ahad. Selain daripada kelompok baharu yang menarik ini, musim kedua program hiburan infotaimen popular, Ohsem!!!, akan kembali pada 10 malam setiap hari Isnin, tetapi kini dalam format "secara langsung" berbanding dengan musim pertamanya yang telah dirakam terlebih dahulu. Penonton juga boleh menonton filem antarabangsa di slot Ohsem Movie, yang ditayangkan setiap malam Sabtu dan juga telefilem Melayu di slot Ohsem Telemovie yang ditayangkan setiap malam Ahad.

Penghasilan kelompok tanyangan seperti Drama, Bicara (rancangan bual bicara), Kids, Hiburan dan Komedi jelas mencerminkan DNA saluran ini dan ia membantu memantapkan misi Awesome TV untuk menjadi stesen perangsang minda ("mood booster") untuk semua rakyat Malaysia. Berdasarkan ini, Dato’ Adam dengan berbesar hati memetik slogan Awesome TV yang menarik, iaitu “ Awesome TV, Memang Ohsem!”.

-tamat-

Disediakan oleh:
Unit Komunikasi Awesome TV

Anda boleh muat turun aplikasi awesometv dari apple appstore dan google playstore